BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Video Tular Insiden Pergaduhan Di KDCA Penampang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141

Polis Siasat Video Tular Insiden Pergaduhan Di KDCA Penampang​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kejadian pergaduhan di Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dekat sini ketika sambutan Pesta Kaamatan yang lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu.

Beliau berkata pergaduhan itu tidak melibatkan penggunaan sebarang senjata dan berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

“Setakat ini, beberapa individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Erwansyah berkata polis juga sedang mengenal pasti semua individu terlibat serta mengesan saksi-saksi kejadian, selain rakaman video tular turut diteliti bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau berkata orang ramai turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut kerana boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu ketenteraman awam.

Katanya polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu untuk segera menyalurkan maklumat berkenaan di balai polis terdekat.

 
Back
Top
Log in Register