BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh Lelaki Ditahan Susulan Video Tular Pergaduhan Di Bintulu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

Tujuh Lelaki Ditahan Susulan Video Tular Pergaduhan Di Bintulu​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan tujuh lelaki tempatan susulan pergaduhan di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di sini selepas rakaman video mengenainya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan kemalangan kenderaan dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur gangsterisme.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan akan disegerakan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318804.

 
Back
Top
Log in Register