BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sabah Tumpas Sindiket Pusat Panggilan, 341 Individu Ditahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,714
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,714
Reaction score
97
Points
80

Polis Sabah Tumpas Sindiket Pusat Panggilan, 341 Individu Ditahan​

d8d7a2560f49ad49e7c393734ccc5aa26a29112575d8d

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 341 individu ditahan dalam 12 operasi membanteras sindiket pusat panggilan di Sabah dan Labuan, dengan rampasan bernilai lebih RM1.10 juta sejak Januari hingga 8 Jun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata operasi khas itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sabah, hasil risikan dan pemantauan berterusan dengan kerjasama beberapa Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan empat serbuan di Kota Kinabalu, masing-masing tiga di Labuan dan Tawau serta satu di Sandakan dan satu di Penampang.

“Pecahan tangkapan mengikut warganegara pula melibatkan 303 warga China, 27 warga Malaysia, sembilan warga Vietnam serta seorang warga Taiwan dan seorang dari Laos dan daripada 12 serbuan yang telah dibuat, 11 kes telahpun didakwa di mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua individu yang ditahan berumur antara 17 hingga 60 tahun dan terdiri daripada 305 lelaki serta 36 wanita.

Jauteh berkata siasatan mendapati kebanyakan suspek mempunyai peranan tersusun dalam sindiket itu, termasuk sebagai penyelia operasi, petugas khidmat pelanggan, pengatur cara sistem, pengurus projek, pentadbir kewangan, penghantar wang serta individu yang berhubung secara langsung dengan mangsa.

Sindiket terbabit dikesan menjalankan pelbagai aktiviti jenayah komersial antaranya penipuan pelaburan tidak wujud, penipuan pelaburan saham palsu, jerat percintaan, penipuan pinjaman wang tidak wujud, penyamaran sebagai pegawai polis, perjudian dalam talian serta kegiatan menerima dan memindahkan wang hasil penipuan dalam talian.

Beliau berkata mangsa yang disasarkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah turut melibatkan warga negara lain termasuk Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Jepun, Brazil, Hong Kong dan Thailand.

Jauteh berkata perkembangan itu, menunjukkan terdapat usaha pihak tertentu untuk menjadikan Sabah sebagai pusat operasi pusat panggilan bagi menjalankan aktiviti jenayah, khususnya penipuan dalam talian.

 
Back
Top
Log in Register