BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM16 Juta Di Tawau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141
e615042486345543c6c63773a0a47ed669fc62450dd12

1f163f2a5ddd902fb4bb9e701e8490ad69fc62e14dc97

Kredit: IPD Tawau

Polis merampas dadah jenis methamphetamine dan fentanyl dianggar bernilai RM16.34 juta dalam Ops Hymenoptera yang dijalankan pada 21 April dan 1 Mei lepas di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam serbuan pertama di Batu 15, Jalan Apas, polis merampas 128 peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 130.60 kilogram (kg) dan sebuah kereta Toyota Harrier.

Beliau berkata dua lelaki tempatan berumur 36 dan 52 tahun turut ditahan dengan semakan mendapati suspek pertama yang positif terhadap methamphetamine dan amphetamine dipercayai bertindak sebagai “transporter” manakala suspek kedua merupakan ahli sindiket.

“Susulan tangkapan itu, polis memeriksa sebuah kereta Nissan Sylphy dan Toyota Camry di Bandar Sri Indah, Batu 10.

“Methamphetamine seberat 90.41 kg dan cecair disyaki fentanyl seberat 0.98 liter ditemukan dalam Nissan Sylphy manakala pemeriksaan pada Toyota Camry menemukan 99 peket plastik lut sinar disyaki methamphetamine seberat 102.90 kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.



Hussein berkata sindiket berkenaan disyaki mula aktif sejak awal tahun ini manakala kedua-dua lelaki yang mempunyai rekod berkaitan kesalahan dadah serta jenayah itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Beliau berkata tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan jumlah sitaan sebanyak RM34,000.

Modus operandi sindiket itu, katanya menggunakan kenderaan terpakai untuk menyembunyikan dadah di ruang dalam kenderaan yang dibawa dari Pelabuhan Sepanggar sebelum dihantar ke Tawau.

“Tawau menjadi hab transit sebagai pintu penyeludupan bahan terlarang itu yang bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga diedar ke negara jiran.

 
Back
Top
Log in Register