BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun, Pecah Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141

Polis Kesan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun, Pecah Rumah​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam dua kes samun dan pecah rumah secara berasingan membabitkan kerugian dianggarkan melebihi RM110,000 di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata kejadian pertama melibatkan kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan seorang lelaki memakai baju hud berwarna gelap di Jalan Hijayu, Bandar Sri Sendayan pada 24 Mei lepas.

“Suspek dipercayai memasuki kawasan perumahan itu dengan memanjat pagar dawai besi dari arah jalan utama sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Honda Civic FD hitam.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian membabitkan seutas rantai emas seberat 16 gram serta sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian kedua membabitkan kes samun dalam rumah dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng muka yang memasuki kawasan perumahan melalui pagar dawai besi dari arah jalan besar sebelum mengumpil tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah di Seremban 2 pada 9 malam, Rabu lepas.

“Mangsa mengalami kerugian barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM110,000 dan siasatan forensik di lokasi kejadian menemukan lapan cap jari serta 10 sampel calitan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya.

Mohd Yatim berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register