BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Polis buru lelaki pecah tabung surau

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Polis buru lelaki pecah tabung surau

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Kuala Langat: Polis giat memburu seorang lelaki yang disyaki memecahkan tabung sebuah surau di Telok Panglima Garang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 10.27 pagi semalam.

"Berdasarkan laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun, dia mendakwa suspek memecah tabung di ruangan tandas wanita.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berusia 20-an menaiki sebuah motosikal," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, surau terbabit mengalami kerugian RM 200.

Menurutnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2025 @ 9:49am

 
Back
Top
Log in Register