BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PMR 2026 Perak: Jualan Agro MADANI LKIM Tawar Ikan Murah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
c990417d5fe0e287ca78ae7059228e2e69cf68be288ec

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil membantu menjual hasil laut dengan harga murah pada sesi Jualan Ikan Segar LKIM sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini.

Program Jualan Agro MADANI Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak menawarkan pelbagai jenis ikan segar pada harga murah dengan bekalan mencecah 10 tan metrik bagi membantu rakyat mendapatkan produk laut pada harga berpatutan.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata inisiatif itu hasil kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi yang merupakan antara kawasan pendaratan ikan utama di Perak.

Beliau berkata pelbagai spesies ikan dibawa termasuk bawal emas, kembung, selayang, gerut-gerut serta makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam yang dijual pada harga 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Jualan ini bagi membolehkan rakyat menikmati bekalan makanan pada harga rendah dan segar. Satu kilogram kerang juga akan diberikan percuma kepada pembeli bertuah,” katanya pada sidang media di reruai Jualan Agro MADANI LKIM sempena PMR 2026 Perak di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak kira-kira 3.5 tan metrik ikan disediakan untuk dijual bermula 9 pagi hingga 7 malam setiap hari pada program bermula hari ini hingga Ahad.

 
Back
Top
Log in Register