BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Umum Peruntukan Tambahan RM1 Juta Kepada Setiap Parlimen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

PM Umum Peruntukan Tambahan RM1 Juta Kepada Setiap Parlimen​

c030023d576be70ceb046d99e4c86b166a81737ace62c

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih pantas tanpa dibelenggu birokrasi berlebihan.

Beliau berkata peruntukan tambahan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh bantuan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Peruntukan tidak pernah dikurangkan, malah hari ini saya nak umumkan untuk setiap kawasan Parlimen, langsung kepada rakyat, saya umumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen,” kata beliau.

Anwar mengumumkan demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata suntikan peruntukan itu melengkapkan pelbagai inisiatif perlindungan sosial sedia ada, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang keseluruhannya mencecah RM16 bilion.

Perdana Menteri berkata agenda membasmi kemiskinan dan mengurangkan tekanan kos sara hidup terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI, dengan kadar kemiskinan tegar kini berjaya diturunkan kepada 0.09 peratus.

“Terjemahan daripada kejayaan makroekonomi ke mikroekonomi adalah melalui program-program membela nasib rakyat. Sama ada B40 mahupun M40, bantuan persekolahan, jualan Rahmah dan sokongan pembiayaan perumahan diberikan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana kaum,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, Anwar menggesa kepimpinan dan jentera parti di peringkat cabang serta ranting supaya turun padang menerangkan pelbagai inisiatif kerajaan dan memastikan bantuan yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

 
Back
Top
Log in Register