BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Singapura Lawrence Wong Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Khas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
181431e3f669883415dd091a195dbfba699823b731828


Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan khas bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama delegasinya pada 4.05 petang hari ini dengan penerbangan komersial dan diberi Kawalan Kehormatan Statik oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Zat Aiman Mat Ripin.

Wong disambut oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Dis lepas.

Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.

 
Back
Top
Log in Register