Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong melintasi Kawalan Kehormatan Setempat Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebelum berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sempena lawatan Khas ke Malaysia.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berlepas pulang malam ini selepas menamatkan lawatan khas ke Malaysia.
Wong diberikan upacara perlepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Syed Muhamad Nabil Syed Hassan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH609 yang membawa Wong dan delegasinya berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 11.17 malam.
Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.
Wong yang tiba di Malaysia pada 4.05 petang tadi bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk satu perbincangan di Seri Negara disusuli makan malam anjuran Anwar sempena lawatan rakan sejawatannya itu.
Sebelum pertemuan empat mata tersebut, Anwar dan Wong meninjau beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk "Ruang Merdeka: Galeri Khazanah".
Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan perbincangan adalah mengenai kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Dis lepas.
Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.
PM Singapura Lawrence Wong Tamatkan Lawatan Khas Ke Malaysia
Singapura, Malaysia, Lawrence Wong, Anwar Ibrahim,