BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Adakan Perbincangan Dengan PM Singapura Lawrence Wong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f95760fba79a69d2a26d4a9fff056d8169985023b593d

cdad2520646c85941bc9184f44db742269984f8f988ff


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong yang dalam lawatan khas ke Malaysia.

Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara di sini dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Wong.

Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk "Ruang Merdeka: Galeri Khazanah".

Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Dis lepas.

Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.

 
Back
Top
Log in Register