BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Luluskan Peruntukan RM1.525 Juta Kepada Lima Sekolah Pondok, Tahfiz Di Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
21eea83138fac86ccdbd705e85ad462169b69fc467946

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.525 juta kepada lima sekolah pondok dan pusat tahfiz di Sabah bagi menaik taraf infrastruktur serta memperkenalkan pendidikan digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata langkah itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam tradisional agar selari dengan perkembangan semasa tanpa menjejaskan tradisi pengajian pondok.

Lima institusi yang menerima peruntukan itu ialah Pondok Pesantren Nurul Ihsan dan Pondok Miftahussalam di Sandakan; Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam dan Pondok Al-Hasyimi di Kudat; serta Pondok Fii Dzilalil Quran di Kota Belud.

“Institusi pondok dan tahfiz perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia termasuk kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Universiti Malaysia Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Anwar berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam kurikulum tradisional yang diajar di institusi pondok dan tahfiz, namun mencadangkan supaya semua institusi pendidikan termasuk sekolah agama memastikan pelajar menguasai bahasa Melayu serta memahami sejarah negara.

“Keadaan berubah, dunia sekarang melihat benteng pertahanan itu boleh ditembusi kerana rapuh, kerana kekuatan baharu itu transformasi digital, kecerdasan buatan dan kita kalah dari segi itu.

“Jadi saya bersyukurlah, alhamdulillah kerana pondok-pondok yang kita jemput setuju, jalankan kurikulum mereka ada sekarang, kita tidak campur, kita cuma tambah bahasa, tambah sejarah dan tambah pendidikan digital dan kecerdasan buatan,” kata beliau.

Anwar berkata pada 2003 kerajaan ketika itu menghentikan semua bantuan kepada sekolah agama rakyat, namun pentadbiran beliau kini mengambil langkah untuk memulakan semula sokongan kepada institusi berkenaan selepas meneliti keperluan serta peranan pentingnya dalam pendidikan masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register