BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan Perolehan Kerja KPM Dinaikkan Daripada RM400 Juta Kepada RM900 Juta - PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peruntukan Perolehan Kerja KPM Dinaikkan Daripada RM400 Juta Kepada RM900 Juta - PM​

9879cd08366dd9f50018294d743e26b16a084450508aa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama tetamu pada Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Negeri Perak. Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan menaikkan peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan (KPM) daripada RM400 juta kepada RM900 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia antara lain bagi membiayai pembinaan bilik darjah tambahan dalam menghadapi peningkatan kemasukan murid ke Tahun 1 mulai tahun depan.

“… saya katakan dulu peruntukan RM400 juta pembinaan 2,500 buah bilik darjah tambahan bagi lebih 800 buah sekolah dalam Belanjawan 2026... jadi, bagi memastikan ruang bilik darjah bagi darjah satu (mencukupi), kerajaan meluluskan tambahan peruntukan.

“Jadi, saya umumkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan tambahan daripada RM400 juta yang diumumkan sebelum ini kepada RM900 juta untuk 6,000 buah bilik darjah,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan ketika hadir pada majlis Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Negeri Perak hari ini.

Lagi berita akan menyusul...

 
Back
Top
Log in Register