Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh
Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan semula sekolah daif di Sabah dalam tempoh empat tahun sejak 2023 di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah berkenaan ialah sebahagian besar daripada keseluruhan RM6.6 bilion yang diluluskan bagi tempoh 10 tahun sejak 2016.
"Apabila kita bincang berkenaan dengan sekolah yang mempunyai bangunan daif, data sekolah yang mempunyai bangunan daif sememangnya bersifat dinamik, iaitu data akan bertambah dan berkurangan dari semasa ke semasa bergantung pada kerja-kerja baik pulih yang dilaksanakan dan juga bergantung pada situasi sekolah masing-masing.
"Dari 2023 hingga 2026, empat tahun di bawah pemerintahan Kerajaan MADANI, jumlah kos projek yang diluluskan adalah sebanyak RM4.6 bilion. Projek-projek ini ada yang dalam status prapembinaan, ada yang dalam status pembinaan dan juga ada yang dalam status telah pun siap," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Phoong Jin Zhe yang ingin tahu usaha spesifik kerajaan dalam menangani isu sekolah daif di Sabah, memandangkan masih banyak sekolah di negeri itu yang memerlukan peruntukan besar bagi tujuan pembaikan.