BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Lulus Pembinaan 27 Sekolah Baharu Di Johor Sejak 2023 - KPM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Lulus Pembinaan 27 Sekolah Baharu Di Johor Sejak 2023 - KPM​

a5d6f2edfcfa82b9a5b8f8e17d69bba46a4a3e2cbe0dc


Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan 27 sekolah baharu di seluruh Johor dengan keseluruhan melebihi RM2.3 bilion menerusi belanjawan 2023 hingga 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan projek pembinaan itu merangkumi keseluruhan 830 bilik darjah dan bakal memberi manfaat kepada lebih 29,000 murid, sekali gus meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak Johor serta menangani isu kepadatan di bandar besar.

“Peluasan prasekolah bagi memperkukuh akses pendidikan awal kanak-kanak turut dilaksanakan sejak 2023 dengan sejumlah 84 kelas prasekolah baharu merangkumi aliran perdana dan integrasi diwujudkan,” menurut KPM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPM memaklumkan sejumlah RM444.8 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 5,728 projek naik taraf dan baik pulih institusi pendidikan KPM di Johor sejak 2023 hingga tahun lepas merangkumi projek naik taraf tandas, kantin, musolla, makmal dan bilik Sains serta kemudahan lain.

“Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Johor juga mendapat manfaat naik taraf dan baik pulih dengan peruntukan keseluruhan lebih RM60.6 juta seterusnya memastikan keselesaan murid, guru serta seluruh warga sekolah,” menurut KPM.

Selain itu, usaha berterusan KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor juga membuahkan hasil menerusi keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred purata negeri (GPN) mengatasi gred purata nasional, selain cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

KPM juga memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM88.7 juta bagi pemberian Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 bagi setiap murid secara one-off melibatkan 591,722 murid tahun satu hingga tingkatan enam di Johor.

“Usaha menangani kemiskinan multidimensi turut dilaksanakan menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memberi manfaat kepada 48,015 murid di Johor dengan peruntukan berjumlah RM35.1 juta.

“Secara keseluruhan, KPM menyediakan 18 jenis bantuan yang memberi manfaat kepada anak Johor terutamanya daripada keluarga kurang berkemampuan,” menurut KPM.

 
Back
Top
Log in Register