BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Pastikan Pembinaan Sekolah Baharu Tidak Terjejas Akibat Krisis Tenaga Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
50ff9e4ed559253343a34dd67a79243c69d612a68c8c1

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan, Datuk Wan Hashim Wan Rahim (empat, kiri) meninjau prasarana sekolah pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua projek pembinaan sekolah baharu di seluruh negara tidak terjejas meskipun menghadapi cabaran termasuk kenaikan kos bahan binaan berikutan krisis tenaga global.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata sebanyak 38 projek sekolah baharu telah diluluskan tahun ini di bawah Rolling Plan pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di seluruh negara.

“Kita tahu cabaran yang ada sekarang ini, dengan isu-isu global menyebabkan keadaan ekonomi negara agak tertekan tetapi dengan perancangan yang baik, insya-Allah kita akan dapat pastikan keseluruhan projek ini dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, di sini hari ini.

Wan Hashim berkata kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan krisis ekonomi global tidak menjejaskan kelangsungan kerja-kerja pembinaan serta penyelenggaraan sekolah.

Mengulas mengenai SMK Tok Jembal, Wan Hashim berkata sekolah yang dibina dengan kos kira-kira RM40 juta dalam tempoh 36 bulan itu dijadual mula beroperasi Julai depan.

Katanya sebagai permulaan, sebanyak 481 pelajar dari empat sekolah berhampiran di sekitar Kuala Nerus akan dipindahkan ke sekolah berkenaan bagi mengurangkan kepadatan di sekolah asal mereka.

“Insya-Allah kita akan dapat mengurangkan bebanan di empat buah sekolah tersebut sekali gus pelajar akan dapat menikmati proses pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

“Pembinaan sekolah ini dilengkapi dengan 30 bilik darjah yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 pelajar, berserta kemudahan lain seperti dewan serba guna, tandas dan surau. Ia mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register