BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM lancar Johor Premium Outlets

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Promosi sale hujung tahung JPO buat sale gila-gila diskaun
Dengar cite sampai 80% diskaun

Johor Premium Outlets year-end clearance sale
Period: 1 - 4 December 2016
Hours: 10:00am - 12:00am
Location: Johor Premium Outlets

15284873_1329017240465106_3846426907868641140_n.jpg



JOHOR BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Johor Premium Outlets (JPO), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianggarkan dapat menarik tiga juta pengunjung pada tahun pertama operasinya.

Perdana Menteri yang membuat unjuran berkenaan, yakin outlet berkenaan bukan sahaja menyaksikan tumpuan pengguna tempatan tetapi juga pengunjung antarabangsa dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.

"Saya pasti banyak pelancong Eropah juga akan mengambil kesempatan daripada kadar pertukaran wang yang baik dan mendapati adalah lebih ekonomi bagi mereka untuk membeli barangan mereka di sini," kata beliau pada majlis perasmian JPO di Kulaianjaya, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Genting Simon Sdn Bhd yang mengusahakan JPO akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM100 juta untuk membina 60 lagi kedai, menjadikan jumlah kedai di JPO kepada 130.

JPO yang dilancarkan hari ini,merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan ke-70 di seluruh dunia.

JPO merupakan kumpulan 80 outlet jenama dan pereka yang menawarkan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari.

Genting Simon adalah anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd, yang merupakan usaha sama 50:50 antara syarikat milik Genting Plantation, Azzon Ltd dan Premium Outlets, bahagian outlet Simon Property Group.

Perdana Menteri juga mengumumkan rancangan masa depan JPO yang termasuk pembinaan taman air, pusat konvensyen dan hotel 2,000 bilik, semua dalam kawasan berkenaan.

"Saya amat teruja dengan pelaburan ini," kata Najib semasa majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Genting Group Tan Sri K.T Lim dan Presiden Premium Outlets John Klein.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012, kerajaan kata beliau, berhasrat untuk mempromosikan Malaysia sebagai syurga membeli belah di Asia dengan menyediakan barangan berjenama pada harga yang kompetitif dan percaya JPO dapat membantu memenuhi wawasan ini.

Menurut Perdana Menteri, JPO merupakan satu daripada projek pelancongan utama Malaysia di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), terletak di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata di bawah ETP, Malaysia dijangka menarik kira-kira RM1.4 trilion dalam pelaburan, mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baru dan mencapai pendapatan negara kasar sebanyak RM1.7 trilion menjelang 2020.

Daripada 131 Projek Permulaan (EPP), Perdana Menteri berkata sebanyak 72 projek telah dilaksanakan dalam masa 12 bulan lepas.

Dengan pelaburan kerajaan dalam infrastruktur lebih RM6 bilion dan meliputi kawasan lebih 2,200 kilometer persegi, Iskandar Malaysia kata beliau, merupakan projek pembangunan tunggal terbesar yang akan dilaksanan di wilayah tersebut.

Najib berkata sehingga September tahun ini, Iskandar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan komited terkumpul sebanyak RM77.82 bilion, dengan 60 peratus daripadanya daripada pelabur domestik manakala baki 40 peratus dari seberang laut.

"Saya gembira untuk menyatakan yang kita menjangka pelaburan tambahan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, Timur Tengah dan Amerika Utara tidak lama lagi," kata Perdana Menteri.
 
WOWW..hebat..=D>=D>

Apa peluang perniagaan yg Melayu boleh terokai:-?
 
Jelas rakyat biasa tak dapat faedah langsung pun.Jelas Najib teruja untuk gologan2 kaya..
 
Ini utk orang2 kaya jer. Orang2 Melayu pulak cuma orang Melayu yg jadik talibarut UMNO sajer yg dapat peluang kat JPO ni! Citt!!!!
 
penduduk johor yang radius keliling 50km keliling JPO ni pun belum tentu mampu ke tak nak beli kat sini...
 
kena usaha lebih nie klu nk ke sini....huhuhuh...jgn bwk awek atau org umh...mmg kopak la....hahahaha.....
 
hanya untuk keuntungan kroni2 sahaja.. rakyat biasa window shopping je...x pun beli barang2 off season..
 
cuci mata je blh laa...tak pn dtg ambik pic
tgk cam cantik je tmpt dia :p:p:p
 
Kalau kita berfikir dari perspektif seorang pengguna memanglah JPO ni tak menguntungkan orang tempatan pun sebab harganya yang mahal. Pada aku tak perlu pun kita nak membeli di JPO kerana apa yang dijual di situ ialah pakaian yang boleh je di beli di tempat lain.

Tapi kalau kita fikir dari perspektif business, JPO ni akan membawa peluang bagi orang tempatan menambah pendapatan kerana dengan adanya JPO ni ia akan menarik pelaburan asing ke Johor. Tak semestinya kita perlu buka outlet di JPO untuk mendapat faedahnya. Banyak lagi cara kita boleh fikir untuk memanfaatkan pengaliran masuk wang asing ke Johor ni.
 
Back
Top
Log in Register