BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perlu Terus Perkukuh Perkhidmatan, Pastikan Sistem Pengangkutan Lancar - PM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
f6c2b4862d5da2d78b301e6d49f9a91369ccc537f21b2

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk terus memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu terpelihara.

Dalam hantarannya di Facebook bersempena ulang tahun ke-80 JPJ hari ini, Anwar berkata dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab itu menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan berterusan oleh agensi tersebut.

“Selamat ulang tahun ke-80 kepada JPJ. Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari dengan keperluan rakyat dan perkembangan semasa,” katanya.

Anwar dalam pada itu turut menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan tangkas dan berintegriti.

“Semoga institusi ini kekal teguh dalam menjalankan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

 
jabatan barua niee pemandu mabok korang buat tak tau...pastu nak heboh2 lak pasal ulantahun kau...korang pun acah2 mcm polis...takde idea ker semua nak tiru polis dari unipom sampai laa keta moto semua ko nak tiru polis...igt org awam bodow ko tu bkn polis pun...
 
Back
Top
Log in Register