BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Umum Sumbangan RM2 Juta Kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Umum Sumbangan RM2 Juta Kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi​

19485459cc6646df88b7331ee9ed81d46a5f6fec46ae8

e7993f53c5ab44f9af77f7591f8e22746a5f6ffca4bf3

a4873b6b89694eb06e927e5d52bba1ad6a5f70137d0c8

5527630fb336c2e60c1e239a2334fff66a5f704209156

Kredit:X@anwaribrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan Kerajaan MADANI berjumlah RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi bagi mendukung pengembangan dan memperkukuh penyelidikan berkaitan sumbangan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan ketika majlis perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

“Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat,” katanya menerusi hantaran dalam X.

Anwar turut menyingkap kembali kisah awal interaksi serta kerjasama beliau dengan tokoh ilmuwan Islam itu ketika aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau berkata Al-Qaradawi disifatkan sebagai pencetus perubahan atau “zeitgeist”, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran dan pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari.

“Sewaktu meningkatnya semangat kebangkitan Islam pada sekitar awal 80-an, Al-Qaradawi menghantar satu risalah kepada pimpinan ABIM yang menegaskan agar ABIM mengambil jarak dari aliran keras dan kekalkan wasatiyah atau kesederhanaan.

“Nasihat ini bagi saya amat penting sewaktu meningkatnya semangat dan aliran pemikiran yang tidak terbuka menerima pandangan yang berbeda pada ketika itu,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register