BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Umum PACE Bernilai Lebih RM710 Juta, Perkukuh Pasaran Buruh Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
37ffe27f2739e1c5146c2eb16a3b5dac69f41694cc82e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakej Daya Tahan Ekonomi Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) bernilai lebih RM710 juta sebagai langkah memperkukuh pembangunan modal insan dan kestabilan pasaran buruh negara.

Ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini, beliau berkata PACE merupakan sebahagian daripada strategi daya tahan ekonomi.

“Ia meliputi empat inisiatif utama dan dilaksanakan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan akan membuat pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, bagi memperluas perlindungan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura.

Inisiatif itu dijangka dapat memanfaatkan lebih 480,000 pekerja yang mencari rezeki merentasi Tambak Johor.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register