BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Seru Rakyat Semai Perpaduan, Kukuh Semangat Kekitaan Sempena Deepavali

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
8844474ab7a6dfe93498e6faab8b6cd868f591789a4e2


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat  menggunakan kesempatan sambutan Deepavali hari ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Beliau berkata sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati dan persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk serta diperkukuh.

“Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.

“Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu.

 
Back
Top
Log in Register