BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Seru Rakyat Tolak Kebencian, Semai Empati Sempena Hari Krismas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
ea3ed6142ce0baacb6115365485bffc8694bd7f344827

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.

Beliau berkata Kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama dan budaya saling memahami dalam kalangan rakyat.

“Dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.

“Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara,” katanya.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian yang akan meraikannya dan berharap sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian serta kemakmuran kepada Malaysia dan seluruh rakyat.

 
14132729408797621-357145.jpg

14132729408797621-357146.jpg

14132729408797621-357147.jpg

14132729408797621-357148.jpg

14132729408797621-357149.jpg

14132729408797621-357150.jpg

14132729408797621-357151.jpg

14132729408797621-357152.jpg

14132729408797621-357153.jpg

14132729408797621-357154.jpg


#KualaLumpur Suasana di St. Anthony's Catholic Church sejurus selepas penganut Kristian mengikuti upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal ketika tinjauan Bernama malam ini.


📸 Nazirul Roselan | BERNAMA

#BernamaNews #BernamaImages #Krismas
 
f7d124dfad51f603f5f6a7dcf8201996694cbae072ec8

d3b46cf0d34a941c7a315fc946944065694cbb3431587

28f79744edad8298b533c666c2675703694cbb9c9b1e4

Penganut-penganut Kristian sekitar Kuching berkumpul di Gereja St Peter bagi menghadiri upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal hari ini.

Sambutan Krismas di seluruh negara diraikan meriah oleh penganut Kristian dalam suasana harmoni, dengan melaksanakan upacara keagamaan dan tradisi perayaan pada hari ini.

Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama mendapati kira-kira 1,000 penganut Kristian warga tempatan dan asing menghadiri upacara keagamaan di Church of Our Lady of Fatima, Brickfields seawal 8 pagi bagi meraikan perayaan berkenaan.

Paderi Sebestin Arputharaj berkata upacara sembahyang Krismas di gereja dengan dekorasi serta pokok Krismas yang menjadi tumpuan pelancong itu dijalankan dalam empat sesi bermula malam tadi, sehingga kira-kira 12 tengah hari ini.

“Sambutan Krismas bukan sekadar perayaan, tetapi satu masa untuk memperkukuhkan nilai kasih sayang, keamanan dan perpaduan sesama masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Di SELANGOR, suasana kemeriahan memenuhi Gereja Our Lady of Lourdes di Klang dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai berkumpul bagi menghadiri upacara keagamaan di pekarangan gereja yang berusia hampir 100 tahun itu, yang turut dihias indah bagi menambah semangat sambutan perayaan itu.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Jalla, 67, dari Klang berkata tradisi keluarganya menyambut perayaan itu tetap dijalankan meskipun beliau beragama Hindu.

“Keluarga kami sambut semua perayaan kerana itu adalah semangat perpaduan yang diterapkan dalam negara ini. Setiap perayaan mempunyai kegembiraan tersendiri. Lagipun, ramai ahli keluarga kami yang berkahwin campur,” katanya ketika ditemui di pekarangan gereja itu hari ini.

Di MELAKA, beberapa lokasi seperti Perkampungan Portugis dan gereja ikonik bersejarah di Bandar Hilir, Gereja St Francis Xavier dilihat meriah dengan kejadiran penganut agama Kristian sejak awal pagi bagi upacara keagamaan.

Seorang pengunjung, Marilyn Cheah berkata beliau meraikan Krismas di Melaka kerana kebetulan bercuti di negeri itu sebelum menuju ke Pulau Pinang.

 
Back
Top
Log in Register