Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Anwar Seru Majoriti Cintakan Kedamaian Tolak Naratif Kebencian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Wacana Harmoni MADANI sempena sambutan Hari Wesak di Menara KEN hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan majoriti yang cintakan kedamaian agar bangkit bersuara menolak naratif kebencian dan fitnah yang cuba dimainkan kelompok minoriti terhadap masyarakat negara ini.
Beliau berkata keadaan semasa memperlihatkan seolah-olah wujud “tyranny of the minority” apabila ada segelintir pihak yang lantang, marah dan gemar menabur fitnah cuba menentukan kehendak mereka ke atas majoriti rakyat.
“Sekarang ini minoriti yang bising, marah, yang kejam, panaskan orang. Yang berhimpun, tanam kebencian, buat fitnah dan takutkan orang. Ini seolah-olah tyranny of the minority. Kezaliman, kekejaman golongan kecil yang memaksa golongan besar (majoriti).
“Saya ambil kesempatan ini menyeru… sudah sampai ketikanya yang majoriti ini bersuara dari hati nurani mereka (supaya) selamatkan negara kita dan majukan semua,” kata beliau menerusi ucap tama pada majlis Wacana Harmoni MADANI sempena Hari Wesak, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang juga pengerusi bersama penganjur wacana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Perundingan Buddha Malaysia (MBCC) Lillian Chang.
Anwar berkata, sejak awal pembentukan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Malaysia dibina atas asas “Bersekutu Bertambah Mutu” dengan menerima hakikat kepelbagaian kaum dan agama.
Beliau berkata walaupun masyarakat Melayu dan Bumiputera merupakan majoriti serta Islam ditetapkan sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan, negara ini terus dibangunkan atas dasar saling menghormati dan memuliakan antara satu sama lain.
“Dalam kerangka Malaysia MADANI, kita tidak melakar sesuatu yang baharu, tetapi kita meneruskan agenda yang telah ditetapkan oleh pengasas negara,” kata beliau.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata pembangunan negara tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek teknologi, digital dan inovasi semata-mata, sebaliknya perlu berpaksikan nilai, etika dan hati nurani yang berakar daripada ajaran agama.