BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangani Kebencian Dengan Bijaksana Bukan Kemarahan - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tangani Kebencian Dengan Bijaksana Bukan Kemarahan - PM Anwar​

8c15fee69b7f60f288545071945bd7356a2c316077ae8

e8d6bbf004e3574340be219ce15414f16a2c3174d9112

94b29c3e7a35d91b93d6f9281d7c00d96a2c318f3ea31

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Pendekatan terbaik dalam menangani sentimen kebencian dan perkauman bukanlah melalui kemarahan, sebaliknya perlu ditangani dengan kesabaran, kebijaksanaan serta akhlak yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar berkata meskipun Malaysia sering dijadikan contoh keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk, negara ini juga tidak terlepas daripada cabaran seperti sentimen perkauman, kebencian berasaskan agama dan bangsa, serta pelbagai tohmahan yang cuba memecah-belahkan masyarakat.

“Mengurus sebuah masyarakat majmuk bukan tugas yang mudah, apatah lagi dalam suasana yang sering berdepan pelbagai cabaran dan perbezaan pandangan.

“Namun, saya percaya bahawa sikap saling menghormati, kesederhanaan dan kefahaman antara masyarakat merupakan asas penting dalam menjamin kestabilan serta kemajuan negara,” kata beliau.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau meluangkan masa mengadakan pertemuan dan bertukar pandangan dengan pimpinan agama serta cendekiawan dari pelbagai negara di sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga, petang tadi.

Mengambil contoh insiden pembakaran al-Quran sebelum ini, Perdana Menteri menjelaskan Malaysia memilih untuk memberikan respons yang positif berbanding reaksi emosi.

“Ketika berdepan insiden pembakaran al-Quran misalnya, Malaysia memilih untuk memberikan respons yang positif dengan memperluas usaha mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam pelbagai bahasa,” kata Perdana Menteri.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar turut menekankan peri pentingnya nilai, adab dan tradisi keilmuan yang diwariskan oleh para ulama dan agamawan, untuk terus diperkasakan bagi membimbing masyarakat menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks.

Beliau berkata Malaysia juga sedia meneroka ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat sejagat, khususnya dalam memperluas pendidikan dan memperkukuh kefahaman Islam serta membangunkan masyarakat yang berteraskan ilmu dan nilai kemanusiaan.

 
Back
Top
Log in Register