BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Santuni Warga KPKM Pada Program Ihya’ Ramadan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
cd914b77375e9e643f920360cb387b8469a92ac24b280

PUTRAJAYA, 5 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menyantuni warga kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Program Ihya Ramadan Perdana Menteri di Wisma Tani, Kuala Lumpur, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni kira-kira 350 warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Program Ihya’ Ramadan di sini, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri di lobi Wisma Tani pada 11.45 pagi itu disambut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta barisan pengurusan tertinggi KPKM dan warga kementerian.

Sejurus tiba, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi KPKM.

Perdana Menteri kemudian bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga KPKM mendengar tazkirah khas bertajuk “Ramadan Bulan Kesyukuran” yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil.

Sejurus selepas itu, Anwar menunaikan solat Zohor berjemaah bersama warga KPKM.

 
Back
Top
Log in Register