combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,187
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,187
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) menunaikan solat Zohor bersama warga kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Program Ihya Ramadan Perdana Menteri di Dewan Kristal, KPKT hari ini. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kanan).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni kira-kira 400 warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Program Ihya’ Ramadan di sini, hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri di lobi KPKT pada 12.30 tengah hari itu disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta barisan pengurusan tertinggi KPKT dan warga kementerian.
Nga dalam satu kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri juga mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT dan diberi Taklimat K.H.A.S (Keutamaan Insan, Hasil Pantas, Anjakan Berimpak Tinggi, Sistematik).
K.H.A.S ialah pelaksanaan dasar kementerian yang mengutamakan keperluan rakyat, memacu penyampaian perkhidmatan yang pantas, melaksanakan perubahan struktur berimpak besar dan memastikan tadbir urus yang telus serta sistematik.
“K.H.A.S merupakan cara KPKT menterjemahkan roh Malaysia MADANI dalam tindakan harian, iaitu rakyat diutamakan, hasil disegerakan, impak diperbesar dan pelaksanaan diperkemas.
“Melalui kerangka ini, KPKT komited untuk melaksanakan reformasi yang akan memberikan manfaat langsung kepada rakyat," katanya.
Perdana Menteri bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga KPKT juga mendengar tazkirah khas bertajuk "Ramadan Membina Perpaduan dan Kasih Sayang" yang disampaikan oleh Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Haris.
Menurut KPKT, tazkirah berkenaan menekankan ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah sebagai madrasah untuk menyemai benih kasih sayang serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
“KPKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian beliau meluangkan masa hadir untuk menyantuni 400 warga KPKT.
Perdana Menteri Santuni Kira-kira 400 Warga KPKT Pada Program Ihya’ Ramadan
Anwar Ibrahim, KPKT, ibadat, madrasah, pengurusan