BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rakam Ucapan Takziah, Sifatkan Esposito 'Sahabat Sejati Dunia Islam'

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Rakam Ucapan Takziah, Sifatkan Esposito 'Sahabat Sejati Dunia Islam'​

67a38de43be33c05d5728a7df9a51a7d6a58737ad0448

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian Profesor John L. Esposito, antara cendekiawan terkemuka dunia dalam bidang pengajian Islam.

Anwar menerusi hantaran di  laman Facebook hari ini berkata persahabatannya dengan Esposito menjangkau lebih daripada lima dekad, setelah pertama kali bertemu pada awal 1970-an.

Beliau berkata Esposito membina asas intelektual untuk memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam di Barat, sambil menambah sumbangannya kepada perjuangan bagi mencapai persefahaman antara Muslim-Kristian adalah sangat besar.

Anwar berkata Esposito juga berperanan sebagai pengasas Pusat Pemahaman Muslim-Kristian di Georgetown University dan merupakan pengarang bersama "Makers of Contemporary Islam."

“Esposito ‘membina jambatan ketika orang lain cenderung membina halangan tamadun’,” kata beliau.

Beliau berkata antara karya terulung Esposito termasuk "What Everyone Needs to Know About Islam" dan "Who Speaks for Islam?", membawa naskhah akademik kepada khalayak lebih meluas terutamanya selepas peristiwa 11 September, ketika dunia sangat memerlukannya.

Mengimbas keakraban yang terjalin antara mereka, Anwar menyifatkan Esposito sebagai seorang sarjana yang hebat dan sahabat setia dan amat menghargai segala nasihat yang diberikannya.

Perdana Menteri berkata Esposito "seorang yang ramah dalam perbualan secara peribadi sepertimana dia tegas dalam menyampaikan mesej" dan sentiasa menyokong beliau dalam tempoh susah dan senang.

"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada isteri beliau, Jean, serta keluarga, rakan sekerja dan pelajarnya.

 
Back
Top
Log in Register