BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rakam Takziah Kepada Keluarga Pelajar Perempuan Yang Ditemukan Meninggal Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Rakam Takziah Kepada Keluarga Pelajar Perempuan Yang Ditemukan Meninggal Dunia​

cc5a6bdebbe984bd21a74b17a0641c5369e74b6f7e3b2

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan tingkatan empat yang meninggal dunia pagi tadi di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa berdukacita menerima berita berkenaan.

“Saya dan Azizah mendoakan semoga roh anak ini dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Al-Fatihah,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menggerakkan bantuan serta sokongan kaunseling yang diperlukan kepada keluarga dan warga sekolah yang terkesan susulan kejadian berkenaan.

“Saya memohon semua pihak untuk memberi ruang kepada keluarga dan mengelakkan penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya, sementara pihak polis menjalankan siasatan,” kata beliau.

Hari ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima maklumat berhubung pelajar ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di Seremban pada 10.48 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata tiada unsur buli dikesan setakat ini dalam kes membabitkan pelajar berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register