BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Pembinaan Kota MADANI Disegerakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
84f649f5ca3e7bcd0539adffde47a61868f24b7ab3541

02dd1133293931f73f69e046368f209468f24b51168a4

7d9857cb05a1bb6f5de82a6a7a3b690568f24b1a688d8


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerja-kerja pembinaan Kota MADANI disegerakan bagi menjadikan projek itu sebagai model pembangunan bandar yang berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengusulkan kepada Putrajaya Holdings (PjH) untuk menyegerakan projek berkenaan yang telah dilancarkan pada 26 Jun lepas.

“Saya usulkan lebih setahun tentang pembinaan Kota MADANI. Saya ucap terima kasih kerana Perbadanan Putrajaya (PPj) memberikan kerjasama penuh untuk mempercepat proses kelulusan itu.

“Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat … yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau (pembinaan) lambat, jadi kita (mahu pembinaan yang) cepat.

“Sejak PPj dan semua jentera kerajaan memberikan kerjasama penuh, kini tunggu Putrajaya Holdings untuk beri full speed ahead,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PjH ke-30 di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi PjH Datuk Kamil Khalid Ariff.

Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini, merupakan satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu dibangunkan oleh PjH menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan bina, pajak, selenggara dan pindah (BMLT), tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Putrajaya yang dikenali sebagai pusat pentadbiran kerajaan mendapat pujian daripada pemimpin luar meliputi aspek keindahan dan identitinya.

 
Back
Top
Log in Register