BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Tonggak Pembinaan Negara MADANI - PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Wanita Tonggak Pembinaan Negara MADANI - PM​

434db01397d7e43e9ec3b10cd61983796a2d24b5e7207

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Wanita tidak boleh dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana golongan itu adalah tonggak penting dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya tahan bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembangunan sesebuah negara tidak seharusnya diukur menerusi kemajuan fizikal semata-mata seperti pembinaan bangunan pencakar langit, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sebaliknya perlu diperkukuh dengan pembentukan jiwa serta nilai murni.

Anwar berkata kemajuan material yang tidak disertai pembangunan insan hanya akan menyebabkan sesebuah negara kehilangan roh dan arah tuju.

"Negara sama ada di timur atau barat, semuanya bercakap mengenai pembangunan tetapi dalam MADANI, pembangunan itu mesti diisi dengan jiwa dan roh.

"Kita boleh membina gedung, kilang dan teknologi moden tetapi yang lebih penting ialah membangunkan insan yang mempunyai nilai, ketakwaan serta akhlak yang baik," katanya ketika merasmikan Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Marhamah Rosli.

Perdana Menteri berkata peranan wanita khususnya sebagai ibu amat penting kerana pendidikan asas seseorang anak bermula dari rumah.

Selain itu, beliau berkata sejarah Islam turut membuktikan bahawa wanita sentiasa memainkan peranan besar dalam pembangunan tamadun dan perjuangan agama.

Anwar mengambil contoh pengorbanan Sayidatina Khadijah yang menjadi pendamping setia serta memberikan ketenangan, keyakinan dan sokongan padu kepada Rasulullah SAW ketika fasa awal penyebaran Islam yang penuh cabaran.

 
Back
Top
Log in Register