BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Mahu Pembinaan RSS Pulau Malawali Disegerakan - Saifuddin Nasution

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
bb313b97896132aa8841a8df45ed330969f8258cdd7aa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika (tengah) merasmikan mySUWa dan Inisiatif Transformasi JPN pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi Bulan Mei 2026 di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pembinaan Remote Sensor Site (RSS) atau Tapak Sensor Jarak Jauh di Pulau Malawali disegerakan untuk meningkatkan keupayaan negara mengesan ancaman di kawasan perairan, khususnya di pantai timur Sabah.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata radar berkenaan sangat penting dan berkeupayaan memberikan maklumat tentang keselamatan dan ancaman terhadap kawasan laut itu.

“Radar di Pulau Malawali mesti disegerakan pembinaannya, dengan cara itu kita boleh tingkat keupayaan kita mengawal kawasan keselamatan kita khusus di pantai timur Sabah.

“Ini keutamaan. Kalau kita siap ikut jadual, tak ada lagi blind spot bagi kawasan berkenaan, dan ini adalah keperluan nombor wahid (satu),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulan KDN, di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan telah memperuntukkan RM88 juta bagi membina RSS berkenaan yang diluluskan dalam pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata KDN juga telah mendapat kelulusan bagi pembinaan enam pos Pasukan Gerakan Am (PGA) tambahan di kawasan sama, dan kini hanya menunggu tindakan agensi pelaksana untuk merealisasikannya di lapangan.

“Dah lulus (bajet) … tinggal agensi pelaksanaan. Pasukan Gerakan Am (PGA) tentu mengharapkan pos yang lebih memuaskan, lebih baik dan lengkap dengan kedudukan lokasi yang strategik,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan sebarang projek berunsur keselamatan tidak boleh dilihat seperti projek pembangunan biasa yang hanya dinilai berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) semata-mata.

“Kalau ia satu projek yang weightage keselamatan lebih besar, ia tidak boleh dilaksanakan mengikut KPI biasa. Ia mesti diberikan weightage keselamatan (secara) lebih besar.

 
Back
Top
Log in Register