BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu Disegerakan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f1d7fa2443b4ae9d5baf9f5be0aa72c369dc91bd2075e

17cde1335b681a3a5b8a517d664de76b69dc918eac098

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong di sini dengan peruntukan awal sebanyak RM27 juta disegerakan bagi mewujudkan peluang pendidikan lebih luas.

Beliau berkata langkah itu juga penting bagi memastikan kemudahan pendidikan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh pelajar secepat mungkin, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh negara.

"Yang memohon dari Terengganu ke program matrikulasi, sudah melebihi 7,000 orang. Malah, dari segi ruang pendidikan matrikulasi belum ada di negeri ini, jadi maknanya keperluan kolej ini tak boleh dipertikaikan.

"Projek ini walaupun bermula dengan RM27 juta, tetapi bila siap kelak, projek ini besar (manfaatnya) kalau kita boleh segerakan,” katanya ketika berucap semasa Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Kolej Matrikulasi Terengganu menerima peruntukan awal sebanyak RM27 juta dan akan mempunyai kapasiti sehingga 3,000 pelajar serta dilengkapi kemudakan makmal moden, asrama pelajar selain kemudahan akademik lengkap.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga akan menumpukan kepada pelaksanaan program dan projek pendidikan yang boleh menjamin masa depan golongan muda.

Beliau berkata Jemaah Menteri bulan lepas turut memutuskan pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, secara automatik diberikan ruang untuk pendidikan lebih tinggi, misalnya di kolej matrikulasi.

Anwar berkata dalam masa yang sama kuota kemasukan 90 peratus bagi pelajar Bumiputera dikekalkan.

 
Back
Top
Log in Register