BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Dukacita Insiden Pegeboman Masjid Di Islamabad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,159
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,159
Reaction score
346
Points
141
455833f9a6595b584457742cf78cfe3a698705ed401ce

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman sebuah masjid di Islamabad ketika solat Jumaat semalam.

Beliau menyifatkan serangan yang disengajakan terhadap para jemaah itu sebagai tindakan kejam yang bercanggah dengan nilai asas kemanusiaan.

“Saya amat berdukacita atas kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman sebuah masjid di Islamabad ketika solat Jumaat semalam. Malaysia merakamkan ingatan serta doa kepada semua mangsa yang terkorban, cedera serta keluarga yang kehilangan orang tersayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Pakistan dalam menghadapi saat penuh duka ini serta menzahirkan solidariti kepada semua yang terjejas akibat tragedi berkenaan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pihak berkuasa Pakistan akan menjalankan siasatan menyeluruh serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 169 lagi cedera apabila seorang penyerang meletupkan dirinya di Masjid Imambargah Qasr-e-Khadijatul Kubra di kawasan Tarlai, Islamabad.

 
Back
Top
Log in Register