BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengku Permaisuri Selangor Zahir Dukacita, Kecewa Insiden Kekejaman Terhadap Haiwan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Tengku Permaisuri Selangor Zahir Dukacita, Kecewa Insiden Kekejaman Terhadap Haiwan​

7f4a90cf8e51424befb8c1fcb5fd7d056a6db9d206a67

--Kredit Selangor Royal Office

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman terhadap haiwan peliharaan serta terbiar khususnya anjing dan kucing yang masih berlaku dan tular baru-baru ini.

Istana Alam Shah memaklumkan Tengku Permaisuri Norashikin turut menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula hukuman di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 agar hukuman terhadap pesalah kekejaman haiwan diperketat dan dikuatkuasakan dengan lebih konsisten.

Baginda yang juga Penaung Diraja kepada inisiatif Stray Free Selangor (SFS) bertitah apa sahaja perbuatan yang memperlakukan haiwan secara kejam bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang, tetapi juga mencerminkan kegagalan mempertahankan nilai ihsan sesama makhluk dan kemanusiaan yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat bertamadun.

“Tengku Permaisuri Selangor bertitah bahawa tiada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan akan diterima atau ditoleransi. Tidak kira siapa pelakunya. Tidak kira apa jawatannya. Tidak kira apa pun bangsa atau agama. Tidak kira atas alasan apa sekali pun.

“Baginda turut menegaskan pendirian ini terpakai kepada semua pihak, sama ada individu, organisasi, syarikat mahupun mana-mana agensi kerajaan dan pihak berkuasa. Tiada sesiapa berada di atas undang-undang,” menurut Istana Alam Shah menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, baginda bertitah mana-mana pihak yang didapati melakukan kekejaman terhadap haiwan perlu disiasat secara menyeluruh dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk sekiranya perlakuan berkenaan dilakukan anggota atau pegawai pihak berkuasa sendiri.

Menurut kenyataan itu, baginda bertitah kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan hanya akan terus terpelihara apabila setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan penuh belas ihsan, bukannya melalui kekerasan yang tidak perlu atau tindakan yang mengundang penderitaan kepada haiwan.

Sehubungan dengan itu, Tengku Permaisuri Norashikin mengulangi beberapa cadangan sebelum ini bagi memperkukuh usaha melindungi kebajikan haiwan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi berkaitan, pertubuhan kebajikan haiwan dan masyarakat.

Antara cadangan itu ialah mewujudkan sebuah komuniti yang benar-benar berbelas ihsan terhadap setiap haiwan; menterjemahkan rasa belas ihsan kepada tindakan melalui penyelamatan, rawatan, pengurusan dan perlindungan haiwan secara berperikemanusiaan; serta menjadikan kebajikan haiwan sebagai sebahagian daripada usaha membina komuniti yang lebih bertanggungjawab, prihatin dan bertamadun.

 
Back
Top
Log in Register