BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

31 maut dalam letupan di masjid Islamabad

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80
3426978.webp

Angka kematian akibat letupan di sebuah masjid di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada Jumaat meningkat kepada 31 orang

ISLAMABAD / ISTANBUL - Angka kematian akibat letupan di sebuah masjid di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada Jumaat meningkat kepada 31 orang, menurut pegawai, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Letupan dilapor berlaku di Masjid Khadijatul Kubra (juga dikenali sebagai Qasr-e-Khadijatul Kubra) di kawasan Tarlai, bahagian tenggara ibu negara.

Satu kenyataan oleh pentadbiran daerah Islamabad di platform media sosial X, yang kemudiannya dipadam, mengesahkan jumlah kematian setakat ini adalah 31 orang manakala 169 yang lain cedera. Angka ini turut dilaporkan oleh beberapa media tempatan.

Sebelum ini, pentadbiran daerah memaklumkan yang keadaan kecemasan diisytiharkan di hospital apabila operasi menyelamat dimulakan dan lokasi letupan telah dikawal sepenuhnya.

Rakaman video menunjukkan ramai mangsa terbaring di tanah selepas letupan itu.

Menurut laporan Geo News, seorang pengebom meletupkan dirinya ketika cuba dihentikan di pintu masuk tempat ibadah di pinggir ibu negara Pakistan itu.

 
Back
Top
Log in Register