BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Dijadual Rasmi Sambutan Hari Peneroka, 70 Tahun Felda Hari IniÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Dijadual Rasmi Sambutan Hari Peneroka, 70 Tahun Felda Hari IniÂ​

7cb21db05189a62a2596d9fd3073a3176a4c598a170dc


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan Sambutan Hari Peneroka dan 70 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada 2.30 petang bagi mengiktiraf jasa serta pengorbanan warga peneroka yang menjadi tulang belakang pembangunan FELDA selama 70 tahun sejak 1956.

Sambutan juga akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan Anugerah Tokoh Peneroka dan Penerokawati FELDA 2025, Anugerah Tokoh Generasi FELDA 2025, Anugerah Tokoh Belia dan Beliawanis FELDA 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF).

Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA antara lain diadakan untuk memperingati tujuh dekad penubuhan FELDA sebagai institusi pembangunan tanah dan komuniti luar bandar yang berjaya mengubah taraf sosioekonomi keluarga peneroka di seluruh negara.

Inisiatif itu juga menjadi platform menghargai jasa generasi perintis FELDA serta menampilkan pencapaian organisasi dalam memacu transformasi ekonomi, pendigitalan, inovasi teknologi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA ialah acara kemuncak setelah program itu berlangsung selama empat hari bermula 4 Julai dengan lebih 40 aktiviti dianjurkan merangkumi teknologi, sukan, pendidikan, inovasi, kebudayaan dan kerohanian.

 

[LANGSUNG] Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda dan 70 Tahun Felda | 7 Julai 2026​

Ikuti langsung Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda dan 70 Tahun Felda yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka, Maran..

 
Back
Top
Log in Register