BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Akan Beri Perhatian, Tingkat Bantuan Kepada AIM Dalam Belanjawan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Akan Beri Perhatian, Tingkat Bantuan Kepada AIM Dalam Belanjawan​

2a2c78d0bf60a32beb40adda41eccb8b6a6c6ba58d5b8

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI di Cycledios, Pantai Batu 1 hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan terus memberikan perhatian terhadap Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan meningkatkan bantuan terhadap agensi itu dalam Belanjawan akan datang dalam usaha membantu rakyat terutamanya golongan wanita meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu akan dipertingkat selain meneruskan peruntukan khas yang diberikan sebelum ini.

"Selagi saya ada, insya-Allah... ada amanah memandu kerajaan ini, saya tidak akan lupa peranan AIM kerana dalam setiap Belanjawan, saya akan bagi perhatian.

"Saya akan tingkatkan kerjasama dan bantuan untuk AIM," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat Kanan Politik beliau Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Anwar berkata sejarah pengurusan AIM yang baik telah membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kemiskinan melalui peluang modal dan bantuan pengurusan.

"AIM ini memang sejarah yang dekat dengan saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan awal-awal dan bila saya tengok, ada kemajuan serta mendapat sambutan daripada sahabat terutama wanita," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meningkatkan kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam Belanjawan akan datang.

"Kalau semua keadaan baik, Belanjawan negara ini kita tambah lagi SARA untuk rakyat," katanya.

 
Back
Top
Log in Register