Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kerajaan Tingkat Sokongan Kepada AIM, Pastikan Tiada Kelompok Tercicir Bantuan - PM Anwar
Kerajaan akan terus meningkatkan sokongan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai satu daripada usaha memperkasakan capaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah meningkatkan sokongan itu, antara lain bagi memastikan tiada kelompok masyarakat terutama di luar bandar yang tercicir daripada sebarang inisiatif ditawarkan.
“Kita boleh belanja untuk sediakan pelabuhan berbilion ringgit, projek lebuh raya berbilion lagi, tetapi untuk orang-orang kampung, inilah antaranya usaha kita menerusi AIM ini, yang kita telah angkat martabatnya menjadi antara program yang terbaik di dunia.
“Saya antara yang membantu mengasaskan penubuhan AIM ini, dan saya buat keputusan kita akan terus beri tumpuan kepada program ini. Sebab banyak agensi hendak tolong rakyat, tapi kadang-kadang masih banyak tercicir,” katanya ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat AIM, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Lagi berita akan menyusul...