BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pengurusan Tertinggi MINDEF Di Wisma Perwira

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
d632235444f8e8a8360c3a740cd819a8699d4e7846dcb

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi taklimat bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Perwira di sini.

Perjumpaan berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.

Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan aspek kesiapsiagaan keselamatan dan pertahanan negara, pemerkasaan tadbir urus dan kebajikan seluruh warga ATM.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tiba di Wisma Perwira pada kira-kira 12.20 tengah hari, disambut Mohamed Khaled dan pimpinan tertinggi ATM.

Usai pertemuan itu, Anwar menyertai Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan bersama Perdana Menteri di Masjid Khalid bin Al-Walid di sini, yang dihadiri ratusan jemaah terdiri daripada pegawai dan anggota ATM.

Beliau kemudian menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir.

 
Back
Top
Log in Register