BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Tiba Di Kazan Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Tiba Di Kazan Untuk Lawatan Kerja Dua Hari​

8f84fdc7c4bd23953d78e4c156542f266a31ae40d11fd


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan untuk lawatan kerja dua hari ke ibu negara dan bandar terbesar di Tatarstan, Rusia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun ini.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 10.20 malam waktu tempatan (3.20 pagi waktu Malaysia pada Rabu).

Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta para pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai serta delegasi Rusia diketuai Menteri Digital Tatarstan Ilya Nachvin, yang diiringi Datuk Bandar Kazan Ilsur Metshin dan para pegawai Jabatan Protokol Negara berkenaan.

Menurut Wisma Putra, sidang kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-35 hubungan ASEAN-Rusia yang bermula di Kuala Lumpur pada 1991.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat tersebut akan memberi peluang kepada ASEAN dan Rusia untuk meneliti semula kemajuan yang dicapai sejak 35 tahun lepas dan merangka hala tuju kerjasama masa depan di bawah Perkongsian Strategik ASEAN-Rusia.

“Perbincangan dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan kerjasama praktikal dalam perdagangan dan pelaburan, tenaga, keterjaminan makanan, ekonomi digital, sains dan teknologi, budaya, pendidikan, pelancongan dan interaksi langsung antara sesama rakyat,” katanya.

Sidang kemuncak itu dijangka menerima pakai empat dokumen utama iaitu Deklarasi Kazan mengenai Ulang Tahun ke-35 Hubungan ASEAN-Rusia, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Tenaga, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Kebudayaan dan Pelan Tindakan Komprehensif untuk Melaksanakan Perkongsian Strategik ASEAN-Rusia 2026-2030.

 
Back
Top
Log in Register