BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PLKN wajar dikembalikan

Kerajaan Mahu Wujudkan Semula PLKN

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ia dimansuhkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018. Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut telah memberikan kesan patriotisme di kalangan remaja yang menyertainya selepas tamat persekolahan. “Program PLKN dimansuhkan 2018 namun berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme remaja yang telah menyertai program ini pihak kementerian akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula.

“Kita akan sediakan kertas memorandum jemaah menteri untuk kelulusan jemaah menteri,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian sebagai menjawab cadangan Ahmad Maslan (BN-Pontian) supaya mewujudkan semula PLKN. Sewaktu pentadbiran PH, ia mengumumkan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan. Ismail juga berkata bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan khidmat secara soft landing kepada bekas pegawai PLKN dan mereka akan ditempatkan di pelbagai agensi bagi tempoh setahun bermula 2019.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552255
 
Plkn ni sampah la..

Harap PAS boleh bawa satu program baru yang lebih islamic..

Klo mix lelaki perempuan ni semua buat dosa je..

Cadangan

Kem Bina Diri Pahlawan dalam Keharmonian
40 hari di kem : lelaki sahaja..
70%malay 30%non malay

dpt elaun rm250

Kem Bina Diri Serikandi dalam Rumahtangga
40 hari di kem : wanita sahaja..
85% malay 15% non malay

Dpt elaun rm250

Harap ada ahli pas baca komen aku..
Kemudian disampaikan kpd kepimpinan tertinggi..
 
PLKN dicadang untuk dihidupkan semula

892351.jpg

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi membolehkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihidupkan semula pada masa depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PLKN dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas sebab-sebab tertentu.

Menurutnya, disebabkan kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang menyertai program berkenaan, maka Kementerian Pertahanan akan mencadangkan kepada Kabinet agar program ini dilaksanakan semula.

“YB Arau pula membangkit isu jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak mereka dan mencadangkan diserapkan dalam perkhidmatan di kementerian atau agensi kerajaan yang lain.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan pelantikan kontrak secara ‘soft landing’ kepada 1,394 orang bekas pegawai lantikan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

"Mereka ditempatkan di pelbagai agensi, kementerian bagi tempoh satu tahun mulai 2019 sehingga 2020,” katanya dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang bertanyakan kenapa program PLKN dihentikan dan mencadangkan program itu dapat diteruskan semula serta nasib kakitangan dan jurulatih PLKN dibela selepas program berkenaan dimansuhkan PH.

Katanya, pelantikan itu bertujuan memberi peluang kepada pegawai terlibat untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat pekerjaan lain.

“Bagi cadangan YB Arau supaya pegawai ini diserapkan ke dalaman kementerian atau agensi kerajaan yang lain, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik," katanya.

Sementara menjawab isu dibangkitkan, Ahmad Fadhil Shaari (Pas-Pasir Mas) mengenai status perolehan enam aset Littoral Combat Ship (LCS) atau kapal tempur pesisir pantai, Ismail mengesahkan secara keseluruhannya pembinaan sudah mencapai 57.01 peratus berbanding perancangan asal sepatutnya 90.11 peratus iaitu kelewatan sebanyak 33.10 peratus.

== sinar harian
 
saja nak cipta peluang je ni.....berapa byk lagi duit nak habis...nak perpaduan...cintakan negara.....buat ni je...1 jenis sekolah....silibus kebangsaan standard......semua budak sekolah wajib masuk Kadet tentera dari form 1 sampai form 5....lenjanlah kat situ....tak perlu pasukan seragam lain....buang duit....pastu buat Subjek Cintakan Negara ( wajib lulus )..dalam tu mesti wajib lulus lisan cakap melayu....faham sejarah malaysia....pastu test perangai....hormat cikgu ke tak...kurang ajar dgn cikgu ke tak...masukkan dalam sijil kelakuan....dalam kelas wajib campur cina..melayu ..india..dan lain lain....mula dari darjah 1 campuran kelas ni....aku rasa lepas form 5 semua ok lah...
 
time mcmni dia boleh cdng PLKN.... cerdik betul ni
 
masa plkn ni buat kt U U satu msia ni habis jahnam dorg kerjakan. bilik ak pecah pintu dkerjakan budak2 ni
 
RAYKAT sesuai masuk sini.
kasi belajar apa itu tatanegara.
dari kene brainwash dengan DAP..
baik ajar nilai2 murni pada RAYKAT RAYKAT sekalian.
 
Kos PLKN RM700J Setahun Boleh Biaya Program Ijazah - Saddiq

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak cadangan kerajaan untuk mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ia dimansuhkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018. Menurut Syed Saddiq, kerajaan PH menghentikan program PLKN kerana kos yang melampau sekitar RM700 juta setahun.

"Kita berhentikan kerana kos melampau. RM700 juta setahun. Kontrak diagihkan ke kroni melalui direct nego! Pimpinan Umno yang untung," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengulang ciapan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang mengucapkan penghargaan atas cadangan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob untuk menghidupkan semula PLKN.

"Terima kasih banyak. PLKN amat baik untuk bina generasi muda," kata Ahmad.

Sebelum ini kerajaan dikritik kerana memperuntukkan RM85 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dianggap sebagai unit propaganda bagi kerajaan. Menurut Syed Saddiq, kos PLKN selama tiga bulan boleh membiayai program ijazah di universiti tempatan.

"Kos nak biaya pelatih PLKN selama tiga bulan boleh biaya kos ijazah di universiti awam. Cukuplah Jasa dapat RM85 juta, kini PLKN lagi RM700 juta," tegasnya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata program PLKN dirancang diwujudkan semula setelah kerajaan mendapati program itu memberikan kesan patriotisme di kalangan remaja yang menyertainya selepas tamat persekolahan.

“Program PLKN dimansuhkan 2018 namun berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme remaja yang telah menyertai program ini pihak kementerian akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552372
 
Malaysia nak tiru Singapore punya ala-NS (National Service) .. tapi entah, saya fikir latihan masih kategori tahap Pengakap .. Singapore punya NS dah tahap 1/4 latihan ketenteraan :P

idea semua dah serong ke tempat lain, songlap .. :D
 
Back
Top
Log in Register