BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Rekod Lebih 5,000 Ahli Baharu Dalam Sebulan - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PKR Rekod Lebih 5,000 Ahli Baharu Dalam Sebulan - Fahmi​

f58ba8fea5c1e534dad3acf9cadd9eee6a16834035375

2b3340ed6e46ae4af17b006aa10a46396a1682f645ffe

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Program Korban Perdana Perpaduan anjuran Parlimen Lembah Pantai sempena Aidiladha di Lembah Pantai hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Parti Keadilan Rakyat (PKR) merekodkan lebih 5,000 keanggotaan baharu secara organik antara April hingga bulan ini, kata Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata pertambahan itu dicapai tanpa sebarang program besar atau promosi khusus dilaksanakan parti berkenaan.

“Bagi PKR  sendiri, dengan keanggotaan lebih daripada sejuta ahli, kita lihat bagi April hingga Mei sahaja, tanpa apa-apa program besar dan berkembang secara organik tanpa promosi, jumlah keanggotaan baharu PKR adalah lebih 5,000 anggota.

“PKR akan terus menjadi teras kepada Kerajaan Perpaduan selain memainkan peranan dalam memastikan agenda reformasi serta harapan rakyat dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana Perpaduan Lembah Pantai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah parti baharu menerima kira-kira 18,000 permohonan keanggotaan selepas lima hari dilancarkan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai menyumbangkan sebanyak 72 ekor lembu bersempena dengan program korban tahun ini di seluruh kawasan Parlimen itu.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan berkata daripada jumlah itu, 10 ekor lembu diuruskan di tapak utama program Korban Perdana Perpaduan Lembah Pantai hari ini.

Sumbangan itu, katanya, melibatkan pengagihan kepada surau, masjid, persatuan penduduk dan rukun tetangga di sekitar kawasan tersebut.

Fahmi berkata program itu turut disertai wakil parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk Amanah, UMNO dan PKR Lembah Pantai.

 
5000 ahli baru dlm sebulan bagi parti kerajaan?? Buat malu jer citer kat orang.

Lainlah 50,000 atau 100,000 ahli baru.

5000 tu level Bersama ok lah nk pukul canang.
 
Back
Top
Log in Register