BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat India Temui "Nambikei" Baharu Di Bawah Kerajaan MADANI - Ahli MPP PKR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Masyarakat India Temui "Nambikei" Baharu Di Bawah Kerajaan MADANI - Ahli MPP PKR​

3aa9d6bf74caf9a943285bbf00b6b8a26a4cebf3bea30


Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuka satu lembaran "Nambikei" atau keyakinan baharu untuk semua kaum termasuk komuniti India di negara ini agar seiring dengan gagasan Malaysia Madani.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Gunaraj George berkata susulan perkembangan positif itu, masyarakat India di Johor perlu terus mara dengan membuat pilihan berasaskan prestasi serta rekod pencapaian Pakatan Harapan (PH) diterajui Perdana Menteri seiring dengan pembangunan negara.

Beliau turut menyarankan komuniti India di Johor agar tidak "terperangkap dan terpedaya" dengan politik lama yang hanya menabur janji dan memainkan sentimen retorik.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup konsisten dalam perjuangannya untuk memecahkan tembok perkauman yang sekian lama mencorakkan landskap politik negara.

“Sejak awal penglibatan beliau dalam politik, beliau membawa gagasan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan, keadilan dan peluang yang saksama untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gunaraj berkata Perdana Menteri percaya politik berasaskan kaum semata-mata tidak lagi memadai untuk memenuhi aspirasi Malaysia yang semakin matang dan kompleks, sebaliknya negara memerlukan politik yang berteraskan dasar, prestasi dan penyelesaian kepada masalah rakyat.

“Atas prinsip itu jugalah, Anwar terus mengangkat agenda Malaysia MADANI sebagai landasan membina sebuah negara yang lebih inklusif, progresif dan bersatu,” katanya.

“Di bawah kepimpinan Anwar, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk menangani kos sara hidup, memperkukuh pendidikan, memperluas peluang pekerjaan, memperkasa usahawan serta memperkukuh jaringan keselamatan sosial,” katanya.

Gunaraj berkata dalam tempoh tiga tahun ini, Perdana Menteri telah mereformasikan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta, disamping peruntukan sedia ada berjumlah RM100 juta untuk agensi berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register