BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicky Liow Bukan Ahli PKR - Fuziah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,239
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,239
Reaction score
346
Points
141

Nicky Liow Bukan Ahli PKR - Fuziah​

59c721863a2abf047b774fff6a47016c6a0adef90a499

Datuk Dr Fuziah Salleh

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan parti berkenaan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata pengesahan dibuat selepas semakan rasmi dijalankan menerusi Sistem Keanggotaan KEADILAN.

Beliau berkata semakan itu dilaksanakan susulan berita dan gambar yang tular mengaitkan Liow dengan parti berkenaan.

"Semakan juga mendapati beliau tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menjadi anggota parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran melalui media sosial memaparkan gambar Liow memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK), sekali gus mencetuskan dakwaan kononnya ahli perniagaan itu merupakan ahli parti berkenaan.

Sebelum ini, Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas disyaki terlibat dengan sindiket jenayah terancang “Geng Nicky” dan pengubahan wang haram.

 
IMG_5695.jpeg


Apa punya standard kenyataan media ni?

Perenggan 1 kata dah semak. Tapi Perenggan 2 pula keluar arahan suruh semak. Kontradiksi yang ketara.
 
gitu je dia kencingkn rakyat

hahaha
 
ala.. mende dalam sistem boleh delete cepat2 per.. hahahahahha..
 
siap pakai baju AMK lagi tu..duduk sebelah org besar plak...hahahah

btul lah dulu ramai ura2 ckp..parti sial nie ditaja oleh mafia dan gangster penang
 
siap pakai baju AMK lagi tu..duduk sebelah org besar plak...hahahah

btul lah dulu ramai ura2 ckp..parti sial nie ditaja oleh mafia dan gangster penang

Bleh confirm dlm bn, mic, mca takde gangster / tajaan gengster?
Takkan tak penah dgr...
Pekida, Tiga line, Double 7, 36,04, kongsi gelap cina...
Eh syial la... 🤣
 
Back
Top
Log in Register