BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiap Ahli PKR Perlu Responsif, Terus Kukuh Kestabilan Dan Perpaduan - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
5bb546ce78f98d2312b4c7afa63d282969734fcdaacc1

Datuk Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil menekankan kepentingan kepada setiap ahli parti itu agar menjadi sebahagian daripada pasukan yang responsif dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau berkata setiap ahli juga perlu terus menggilap idealisme dan tidak membiarkan benih rasuah menyusup masuk serta memusnahkan semangat reformasi.

“Jangan benarkan sikap, terutama bibit-bibit rasuah, merosakkan semangat reformasi. Ini peringatan untuk kita semua termasuk diri saya supaya sentiasa berusaha memastikan bukan hanya kestabilan dari segi politik, tapi usaha dan ikhtiar yang kita berikan kepada rakyat itu berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 PKR Cabang Gombak, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan bahawa tindakan serta tingkah laku pemimpin sentiasa diperhati serta dinilai oleh rakyat pada setiap masa.

Selain itu, beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli PKR di semua peringkat supaya tidak leka atau terbuai dengan kedudukan selesa sehingga melupakan akar umbi serta matlamat asal perjuangan parti.

"Meskipun parti ini telah menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008, namun setiap pemimpin, baik daripada peringkat akar umbi hingga kepimpinan tertinggi, wajib mengekalkan kestabilan serta perpaduan yang utuh,” katanya.

Sementara itu Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menyifatkan Cabang Gombak sebagai kubu kuat PKR dan berharap ia terus utuh dalam membangunkan Selangor, selain memperkukuh parti daripada elemen yang cuba menggugat integriti.

“Saya bangkitkan perkara ini sebagai peringatan, walaupun Selangor ditadbir sejak 2008 dan Keadilan Gombak kukuh, kita tidak boleh leka atau selesa sebagai pemerintah.

 
Back
Top
Log in Register