afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PKR perlu bina generasi pemimpin baharu selepas Anwar, kata Zaliha
Naib Presiden PKR Zaliha Mustafa berucap pada Kongres Nasional PKR di Melaka hari ini.
Tegasnya, PKR tidak patut menunggu sehingga Anwar memutuskan untuk berundur baru mencari pengganti, sebaliknya proses mengenal pasti serta membimbing bakat kepimpinan perlu dimulakan dari sekarang.
“Apabila saya bertanya ‘who’s next after Anwar’, saya sebenarnya tidak mencari satu nama. Saya mahu kita membina satu generasi.
“Generasi pemimpin yang faham perjuangan reformasi, yang bersih, kompeten dan berani, yang memahami ekonomi dan keresahan rakyat dan paling penting bersedia memimpin Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Menurutnya, PKR perlu berani memikirkan masa depan kepimpinan selepas Anwar berjaya mencapai matlamat perjuangan terdahulu untuk menerajui negara.
Katanya, usaha itu juga selari dengan prinsip reformasi pernah diperjuangkan parti, termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
“Kalau kita percaya kuasa perdana menteri sendiri mesti mempunyai had, maka kita juga mesti berfikir jauh tentang pelapis kepimpinan negara dan parti.
“Jangan tunggu satu hari nanti presiden (Anwar) kata sudah sampai masanya untuk berundur, kemudian barulah kita tercari-cari siapa yang bersedia. Pada waktu itu, kita sudah terlambat.”
Beliau berkata, PKR perlu mengenal pasti potensi baharu, melatih dan memberi pendedahan serta tanggungjawab kepada mereka supaya bakat kepimpinan dapat berkembang dari peringkat akar umbi.
Jelasnya, ruang itu perlu dibuka seluas-luasnya kepada semua daripada ahli biasa kepada sayap Wanita dan Pemuda, golongan profesional serta aktivis masyarakat.
“Perkaderan (proses mempersiapkan ahli menjadi pemimpin) itu bukan patut bermula hari ini, kita sudah patut mulakan 20 tahun dahulu. Tetapi tak apa, ‘better late than never’.”
