TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
JOKO WIDODO dan Prabowo Subianto bakal bertarung semula pada pilihan raya Presiden Indonesia tahun ini. AGENSI
Pilihan raya Presiden ulangi sejarah 2014
JAKARTA 7 Jan. - Senario politik Indonesia pada tahun lalu didominasi dengan persediaan pilihan raya Presiden (Pilpres) yang bakal diadakan pada 17 April ini.
Channel News Asia yang memetik artikel tulisan Prof. Madya Greg Fealy dari Jabatan Politik dan Perubahan Sosial, Australian National University melaporkan, bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kali ini seperti ulangan pada 2014.
Sekali lagi, penyandang, Joko Widodo atau Jokowi dan Prabowo Subianto merupakan dua calon utama untuk merebut jawatan Presiden Indonesia.
Pakatan di belakang setiap calon adalah sama ketika pilihan raya terdahulu dan isu seperti pembangunan, nasionalisme ekonomi, ketidakadilan, etnik dan agama sekali lagi dicetuskan dalam kempen kali ini. Tetapi ada beberapa perbezaan penting dalam dinamik politik dan format pilihan raya yang menambah ketidakpastian untuk meramalkan keputusan kali ini.
1 Strategi Jokowi
Sejak menjadi Presiden pada Oktober 2014, Jokowi meletakkan sasaran memegang jawatan tersebut buat penggal kedua. Strateginya kali ini melibatkan dua elemen utama.
Pertama, beliau membina reputasi untuk pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi. Jokowi melancarkan pelbagai program prasarana yang belum pernah berlaku sebelumnya dan memulakan pembaharuan dari aspek kebajikan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta pendidikan bagi golongan miskin.
Sepanjang tempoh peme*rintahannya, pertumbuhan ekonomi meningkat antara lima hingga enam peratus. Peratusan itu dilihat kukuh di peringkat wilayah tetapi tidak mencapai apa yang disasarkan oleh kerajaan.
Elemen kedua ialah menonjolkan identitinya sebagai ‘seorang yang beragama Islam’. Jokowi sering terdedah de*ngan isu keagamaan. Pada Pilpres 2014, penyokong Prabowo menggunakan isu Islam untuk menentang Jokowi dan mendakwa Jokowi adalah alat kepen*tingan golongan bukan Islam.
Isu ‘Islam’ itu makin me*runcing selepas pilihan raya Gabenor Jakarta pada 2017. Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, seorang Cina Kristian dan merupakan sekutu rapat Jokowi mengutuk Islam dan pernah jadi sasaran kumpulan Islam sehingga beliau ‘digulingkan’.
Susulan kekalahan Ahok, Jokowi meningkatkan usaha untuk meraih sokongan penduduk Islam, terutamanya dalam kalangan organisasi besar se*perti Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah. Bagi Jokowi, pilihan raya ini akan terjejas jika pembangunan ekonomi atau kredibiliti Islamnya terancam.
2 Calon dalam tekanan
Prabowo dilihat kurang sibuk dalam kempen tahun ini berbanding Jokowi. Awal tahun lalu, Prabowo mengejutkan ramai pihak dengan menawarkan diri menjadi gandingan Jokowi. Jokowi bagaimanapun menolak tawaran itu.
Terdapat beberapa sebab mengapa Prabowo teragak-agak untuk bertanding. Beliau tidak mempunyai dana, agak ketinggalan dari segi sokongan berbanding Jokowi dan tidak mahu menamatkan karier politiknya dengan satu lagi kekalahan.
Namun menjelang pertengahan tahun lalu, partinya, Gerindra, menegaskan beliau perlu bertanding sekali lagi. Keluarga Prabowo sebelum ini melaburkan berjuta dolar dalam Gerindra sejak sedekad lalu dan bersetuju untuk bertanding dalam pilihan raya demi kepentingan parti terbabit.
Undian menunjukkan sekiranya Prabowo bertanding, Gerindra akan muncul sebagai parti kedua terbesar di Indonesia. Sekiranya beliau enggan bertanding, Gerindra hanyalah sebuah parti yang tidak akan kekal lama.
3 ‘Krisis’ Naib Presiden
Drama politik terbesar tahun lalu adalah melibatkan pemilihan calon Naib Pre*siden. Undang-undang pilihan raya Indonesia memerlukan pencalonan calon Presiden dan Naib Presiden oleh mana-mana parti atau kumpulan parti yang memiliki 20 peratus kerusi dalam Parlimen atau 25 peratus undian nasional.
Jokowi dan Prabowo mene*rima tekanan daripada pelbagai pihak dalam pakatan masing-masing untuk memilih calon Naib Presiden yang bukannya daripada parti mereka sendiri. Setiap parti menganggap mereka akan menerima manfaat apabila mempunyai calon yang berkelayakan untuk menjadi Naib Presiden.
Jokowi lebih gemar memilih bekas Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Mahfud MD. Tetapi parti pakatannya memaksa beliau memilih cendekiawan Islam konservatif, Ma’ruf Amin, yang merupakan Pre*siden NU dan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia.
Sebab utama parti tersebut menolak Mahfud adalah kerana beliau menimbulkan ancaman terhadap kepentingan mereka sendiri. Tidak terikat dengan mana-mana parti dan masih muda untuk berdiri sebagai calon bebas bagi Pilpres 2024, Mahfud berisiko membahayakan rancangan partinya sendiri pada pilihan raya tersebut.
Prabowo mengendalikan pemilihan calon Naib Pre*siden berbeza dengan Jokowi. Meskipun menerima ancaman daripada parti gabungannya bahawa mereka akan meninggalkannya sekiranya beliau tidak memilih salah seorang ahlinya, Prabowo memilih bakal Timbalan Gabenor Jakarta dan anggota parti Gerinda, Sandiaga Uno.
Sandiaga merupakan salah seorang ahli perniagaan bukan Cina yang paling berjaya dan menjanjikan sumbangan bernilai berjuta dolar dalam kempen Prabowo. Kempen pilihan raya dijalankan selama lapan bulan dan merupakan paling lama dalam sejarah Indonesia.
4 Kelemahan, kekuatan
Pada empat bulan pertama, kempen kedua-dua calon dilihat tidak ‘bermaya’ dan kurang menentu. Jokowi adalah seorang yang lemah ketika bercakap di khalayak ramai dan Prabowo pula kelihatan tidak fokus dan kurang bersema*ngat. Kedua-dua kempen calon bergantung kepada media sosial dan penggunaan kata-kata berunsur negatif.
Pada masa ini, nampaknya kempen Jokowi bakal kalah. Namun beliau mempunyai kelebihan berbanding Prabowo dari segi sokongan dan paling penting adalah kebarangkalian untuk dipilih oleh pengundi. Tinjauan menunjukkan kebarangkalian ke atas Jokowi adalah dalam purata 40 hingga 50 peratus manakala Prabowo iaitu 20 hingga 30 peratus.
Prabowo memerlukan skandal ekonomi atau politik yang besar jika mahu berada rapat dengan kedudukan Jokowi. Tetapi Jokowi adalah ahli politik yang berdisiplin dan berhati-hati yang tidak mungkin memberikan peluang kepada Prabowo untuk menyerang.
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pilihan-raya-presiden-ulangi-sejarah-2014-1.817802
90 peratus pengundi Indonesia di Malaysia dijangka keluar mengundi
![]()
Krishna K.U. Hannan bercakap kepada pemberita sebelum menonton siaran langsung Pilpres bersama lebih 200 perwakilan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kira-kira 80 hingga 90 peratus daripada 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia yang berada di Malaysia dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia pada 14 April ini.
Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan berkata, pihak kedutaan membuka enam pusat pengundian termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah.
“Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi terbanyak dengan 500,000 orang, diikuti Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas menonton siaran langsung debat Pilpres bersama lebih 200 perwakilan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, malam ini.
Pilpres yang diadakan pada 17 April ini menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ditentang Prabowo Subianto.
http://www.utusan.com.my/berita/nas...ia-dijangka-keluar-mengundi-kedutaan-1.843153
![]()
Joko Widodo (kanan) bersalaman dengan Prabowo Subianto setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia di bangunan Parlimen, Jakarta pada 20 Oktober 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL
Musuh ketat politik Jokowi, Prabowo jadi menteri kabinet
Oktober 23, 2019 3:38 pm
JAKARTA, 23 OKT: Musuh ketat politik Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Prabowo Subianto hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan, dalam kabinet Presiden Jokowi 2019-2024.
Prabowo, 68, Ketua Umum Parti Gerindra dan bekas ketua tentera Indonesia itu, dua kali tewas kepada Jokowi dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) iaitu pada 2019 dan 2014.
Pelantikan menteri kabinet adalah hak prerogatif Presiden Indonesia.
Menurut penganalisis politik, perseteruan politik mereka bukan kepalang, namun kedua-dua tokoh itu meletak kepentingan negara, melebihi kepentingan peribadi.
“Analogi politik Indonesia ini seperti bola sepak, mereka berlawan bermatian-matian dalam liga tempatan (pilihan raya), apabila telah selesai, mereka kembali bersatu untuk membentuk pasukan kebangsaan, demi negara,” kata penganalisis itu.
Pada Pilpres yang berlangsung pada 17 April 2019, Jokowi, 58, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.
Keputusan Pilpres 2019 yang diumumkan Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada 21 Mei lepas, mencetuskan beberapa siri demonstrasi dan rusuhan, dengan sembilan orang dilaporkan terbunuh dan beratus lagi cedera.
Prabowo memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya itu ke Mahkamah Konstitusi Indonesia, yang kemudiannya bersidang hampir sebulan, dan memutuskan menolak permohonan itu pada 27 Jun lepas.
Sebanyak 34 menteri mengangkat sumpah pada majlis pelantikan di hadapan Jokowi di Istana Merdeka, serta empat lagi jawatan penting iaitu Ketua Staf Kepresidenan, Moeldoko; Sekretaris Kabinet (Ketua Setiausaha Negara) Pramono Anung; Ketua Badan Koordinasi dan Penanaman Modal (BKPM) Bahlil Lahadalia dan Jaksa Agung (Peguam Negara) Burhanudin.
Senarai kabinet Jokowi itu menampilkan 17 muka lama dan 21 muka baharu.
Antara menteri yang kekal adalah Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi; Menteri Kewangan, Sri Mulyani; Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi: Luhut B Pandjaitan;
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly dan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya.
Jokowi turut melantik Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian sebagai Menteri Dalam Negeri; Pengasas syarikat rangkaian pengangkutan dan start up Gojek, Nadiem Makarim sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, serta bekas Ketua Mahkamah Konstitusi, Mahfud MD sebagai Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan.
Jokowi mengangkat sumpah bagi penggal keduanya pada Ahad, bagi memimpin negara ketiga demokrasi terbesar di dunia itu, dengan visi menjadikan Indonesia negara maju tahun 2045.
Dalam pidato pertamanya selepas pelantikan itu, visinya adalah pendapatan perkapita rakyat Indonesia ialah sebanyak Rp27 juta perbulan (Kira-kira RM8,100).
Visi Indonesia pada tahun 2045 adalah Produk Domestik Bruto Indonesia atau Keluaran Dalam Negara Kasar mencapai USD 7 triliun.
Mengikut perbandingan, pada 2018, GDP Indonesia melebihi USD1 trillion, manakala Malaysia sekitar USD350 billion manakala gaji minimum di Jakarta sejak 2018 adalah Rp3.5 juta (RM1,050).
– BERNAMA
Keputusan diumum awal bimbang kemungkinan berlaku kekacauan
![]()
JAKARTA: Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dipilih sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua selepas menewaskan pencabarnya, jeneral bersama Prabowo Subianto dengan margin 55.5 hingga 44.5 peratus, kata suruhanjaya pilihan raya.
“Keputusan ini diumumkan pada 21 Mei dan berkuat kuasa serta merta,” kata pengerusi suruhanjaya, Arief Budiman dalam satu kenyataan secara langsung yang disiarkan oleh semua media utama.
Suruhanjaya itu dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya 17 April itu esok.
Walaupun diselubungi kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kekacauan sebagai reaksi terhadap kiraan akhir, keputusan berkenaan dikeluarkan lebih awal tanpa sebarang notis.
Terdahulu Jokowi diramalkan memenangi pilihan raya berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Pencabarnya, Prabowo sebelum ini berikrar untuk mencabar sebarang keputusan yang memihak kepada Jokowi dengan mendakwa wujud penipuan dalam kiraan undi dan memberi amaran, perkara itu akan mencetuskan rusuhan jalanan.
Sejumlah 32,000 pegawai keselamatan sudah dikerahkan ke seluruh Jakarta termasuk di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum yang turut dihadang dengan kawat berduri. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/as...-kekal-presiden-indonesia-untuk-penggal-kedua
![]()
Jokowi tiba di Bangunan Parlimen di Jakarta bagi mengangkat sumpah sebagai presiden untuk kali kedua hari ini. Foto AFP
AGENDAGLOBAL
JAKARTA, 20 OKT: Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, pada majlis pelantikannya di bangunan Parlimen Indonesia, yang turut dihadiri pemimpin luar, termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Demi Allah, saya bersumpah akan memenuhi kewajiban Presiden Republik Indonesia dengan sebaik- baiknya dan seadil- adilnya, memegang teguh Undang-undang Dasar dan menjalankan segala undang-undang peraturannya dengan selurus-lurusnya serta berbakti kepada nusa dan bangsa,” lafaz Jokowi semasa pelantikan itu pada jam 4.04 petang waktu Indonesia Barat (5.04 petang waktu Malaysia)
Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, antara 17 pemimpin dan ketua negara yang hadir pada majlis pelantikan Jokowi dan naib presiden Indonesia, Ma’aruf Amin.
Selain Tun Dr Mahathir, antara pemimpin dan ketua negara yang hadir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Jokowi kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi penggal keduanya selepas memenangi pilihan raya Presiden 2019 pada 17 April lepas.
Jokowi bergandingan dengan Naib Presiden yang baharu, Ma’aruf Amin, 76, selepas pasangan itu menang pada Pilihan raya Presiden 2019, menewaskan pencabar mereka, pasangan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.
Kehadiran Tun Dr Mahathir itu adalah manifestasi kepada kekukuhan hubungan akrab kedua-dua pemimpin dan negara, dan pelantikan Jokowi untuk penggal kedua ini, akan membawa lembaran baru dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.
Keakraban hubungan dua hala terserlah menerusi keakraban dua pemimpin itu apabila Tun Dr Mahathir menjadikan Indonesia negara pertama Asean yang dilawatinya (pada Jun 2018) selepas memenangi pilihan raya umum 2018.
Manakala Jokowi menjadikan Malaysia negara pertama dilawatinya pada 8 Ogos lepas, selepas menang pilihan Presiden Indonesia 2019.
-BERNAMA
Keputusan rasmi KPU. Presiden Joko Widodo diumumkan menang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019 untuk terus memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi tempoh 2019-2024
![]()
![]()
KPU umum Jokowi-Maaruf menang Pilpres 2019
![]()
Jakarta - Komisi Pemilihan Umum (KPU) akhirnya mengumumkan hasil pemilihan presiden (Pilpres) 2019, Selasa (21/5) dini hari tadi.
KPU kemudian menyatakan Joko Widodo – Ma’ruf Amin sebagai pemenang pilpres.
Dilansir dari Antara, pasangan Joko Widodo – Ma’ruf Amin berhasil memperoleh 85.607.362 suara atau 55,50 persen, sementara pasangan Prabowo – Sandiaga mendapat 68.650.239 suara atau 44,50 persen. Dengan demikian, selisih keduanya berjumlah sekitar 16,9 juta suara.
Penetapan hasil rekapitulasi suara tingkat nasional dari 34 provinsi dan 130 PPLN tersebut diumumkan di gedung KPU dan dibacakan Komisioner KPU RI Evi Novida Ginting.
Jumlah pemilih nasional dalam Pilpres 2019 diketahui sebanyak 199.987.870 pemilih, sementara jumlah suara sah pilpres sebanyak 154.257.601 suara.
![]()
Jokowi isytihar kemenangan
![]()
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo hari ini mengisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu, sekali gus mengekalkan jawatan disandang untuk tempoh lima tahun lagi.
Beliau berkata, keputusan tidak rasmi menunjukkan tiket gandingannya dengan ulama terkenal Ma’ruf Amin memperoleh 54 peratus undian popular dalam pilihan raya semalam.
Jokowi yang berganding dengan Ma’ruf menentang bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno yang memperoleh 45 peratus undi, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian.
“Kita perlu menunggu keputusan rasmi namun 12 peninjau memberi keputusan jelas. Kami menyampaikan bahawa tiket gandingan Jokowi-Ma’ruf memperoleh 54.5 peratus undi sementara Prabowo memperoleh 45.5 peratus,” kata Jokowi dalam sidang media di selatan ibu kota ini.
Prabowo juga mendakwa memperoleh kejayaan mengatasi Jokowi, memetik tinjauan dalaman menunjukkan beliau menang 62 peratus undi.
Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) meletakkan Prabowo dengan 45 peratus undi hari ini berdasarkan keputusan daripada 808 atau lebih 800,000 stesen pengundian. -Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/as...emenangan-kekalkan-jawatan-presiden-indonesia
Keputusan tidak rasmi Jokowi menang
![]()
JAKARTA: Jangkaan bahawa Presiden Joko Widodo atau Jokowi bakal mengekalkan pentadbiran bagi tempoh lima tahun lagi, menceriakan pasaran kewangan Indonesia, selepas keputusan tidak rasmi memihak kepada beliau.
Keputusan yang diperoleh pihak swasta berdasarkan kiraan undi, adalah sejajar dengan tinjauan pendapat yang meramalkan kemenangan Jokowi, sekali gus memberi keyakinan bahawa beliau akan kekal bagi penggal kedua.
Kiraan undi tidak rasmi menunjukkan Jokowi mendahului selepas meraih sekurang-kurangnya 54 peratus undi popular, berbanding bekas jeneral Probowo Subianto yang ketinggalan lapan peratus undi.
Probowo kalah tipis kepada Jokowi dalam pilihan raya lima tahun lalu, iaitu pada 2014.
Pengiraan undi oleh kumpulan tinjauan terkenal sudah terbukti memberikan keputusan yang tepat pada pilihan raya sebelum ini, walaupun keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada bulan depan.
Sementara itu, akhbar bahasa Inggeris, Jakarta Post menyiarkan berita muka depan bertajuk ‘Five More Years’ bersebelahan gambar presiden.
Pasaran kewangan juga menunjukkan petanda positif selepas mata wang rupiah dibuka pada kadar 14,000 (RM4.10) setiap dolar, iaitu meningkat 0.57 peratus berbanding ketika ia ditutup.
Indeks saham Jakarta turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus.
Pada masa sama, penganalisis masih berhati -hati sama ada Jokowi akan meneruskan agenda pembaharuan dalam penggal pertamanya, termasuk membuka lebih banyak peluang bagi pelaburan asing atau melonggarkan sedikit undang-undang buruh Indonesia. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/04/554403/keputusan-tidak-rasmi-memihak-jokowi
Last edited: