rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
MACHANG: Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyasarkan untuk memenangi semua 14 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusinya, Muhammad Husain, berkata sasaran kemenangan itu berdasarkan pengalaman calon termasuk ada yang sudah beberapa kali bertanding.
"Kita yakin bahawa pengalaman kita (calon) di Kelantan dapat memenangi hati rakyat. Kita juga nampak perubahan besar dalam kalangan rakyat negeri ini.
"Sokongan rakyat semakin tinggi dan mereka juga mula berubah pemikiran apabila melihat keadaan dalaman yang berlaku di antara UMNO dan PAS.
"Justeru, saya berharap 10 tawaran yang diumumkan oleh PH akan memberi impak baharu kepada rakyat Kelantan yang sudah banyak ketinggalan dalam banyak aspek khususnya ekonomi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Calon PH Kelantan di Kampung Membunga, di sini, malam ini.
Mengulas lanjut, Muhammad berkata, ahli dan penyokong PAS juga boleh mengundi calon yang dikemukakan PH untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
"Pada pilihan raya umum kali saya menyasarkan menang di semua kerusi Parlimen di Kelantan dan pada masa sama yakin kesemua calon menang, sekali gus tidak akan hilang deposit.
"Daripada 14 calon yang diumumkan, tiga daripadanya adalah wanita, sekali gus memenuhi syarat 30 peratus calon wanita yang ditetapkan oleh PH dan menempatkan mereka pada tempat yang sesuai," katanya.