BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sasaran PH menang 23 kerusi N Sembilan mencabar, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Sasaran PH menang 23 kerusi N Sembilan mencabar, kata penganalisis​

eb5682f4-anthony-loke-setiausaha-agung-dap-majlis-makan-malam-pakatan-harapan-prn-n9-11.jpg

PH menguasai 17 kerusi pada PRN Negeri Sembilan 2023, kurang dua untuk memperoleh majoriti mudah.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata sasaran ditetapkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook itu mungkin dilaungkan untuk membina penyokong dan menggerakkan jentera.

Namun beliau berkata persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tanpa Bersatu telah menjadikan misi itu sukar direalisasikan termasuk di lapan kerusi dimenangi BN dengan majoriti di bawah 700 undi pada PRN 2023.

Kerusi itu adalah Juasseh (majoriti 78 undi), Kota (135), Seri Menanti (370), Sungai Lui (535), Palong (564), Senaling (662), Lenggeng (685), dan Jeram Padang (693). BN dan PH bekerjasama pada pilihan raya terbabit.

Menurut Hisommuddin, keputusan itu tidak lagi boleh dijadikan pembolehubah untuk PH mencapai sasaran 23 kerusi, dengan syarat dapat mengekalkan 17 DUN dimenangi pada pilihan raya negeri tiga tahun lalu.

“Justeru, sasaran 23 kerusi bukan mustahil, tetapi memerlukan perubahan sentimen pengundi yang jauh lebih besar daripada keadaan semasa.

“Berdasarkan pola sokongan ketika ini, angka itu kekal sebagai sasaran sangat mencabar direalisasikan,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, perubahan sentimen itu antaranya berkait kemampuan PH meningkatkan sokongan Melayu tanpa menjejaskan undi teras bukan Melayu.

Loke pada Ahad berkata jumlah 23 kerusi disasarkan menang pada PRN 1 Ogos depan sebagai majoriti ‘selamat’ dan memastikan kestabilan politik untuk lima tahun akan datang.

PH sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan mewakili 17 kerusi, kurang dua untuk memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara sendiri.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berpandangan keputusan di kerusi marginal berkenaan diakui boleh menjadi penentu kepada kejayaan PH untuk menang PRN Negeri Sembilan.

Jelasnya, PH boleh merampas kerusi terbabit jika Bersatu dapat menarik lebih ramai pengundi sekali gus memecahkan undi sepatutnya diterima PN dan BN.

“Semakin banyak Bersatu ambil undi, semakin tinggi peluang untuk PH menang,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register