afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,226
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,226
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PH belum bincang kemungkinan kerjasama Bersatu, kata Fahmi
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata peringkat pimpinan dan parti belum bincang mengenai kerjasama Bersatu.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, yang juga pemimpin PKR berkata perkara itu belum dibincangkan di peringkat mesyuarat parti.
“Pada waktu ini, peringkat pimpinan belum membincangkan perkara itu (kerjasama Bersatu),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Kementerian Komunikasi.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Amirudin Shari, berkata PH terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Perikatan Nasional (PN) atau Bersatu, selagi ia berlandaskan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Susulan kenyataanitu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh, berkata kerjasama antara partinya dan PAS, yang juga komponen PN, tidak mungkin berlaku ketika ini, antaranya susulan tuduhan parti itu anti-Islam.
Beliau menyifatkan tuduhan Presiden PAS, Hadi Awang, sebagai tidak berasas dan menjadikannya contoh mengapa kedua-dua parti sukar bekerjasama pada masa ini.
